Senarai Pengeluar/Pembuat Tempatan Diiktiraf > Penggas

Senarai berikut mengandungi syarikat-syarikat yang telah diiktiraf sebagai pengeluar/pembuat
tempatan untuk penggas.

Pollution Engineerings (M) Sdn. Bhd. (PEMSB) merupakan sebuah syarikat kejuruteraan alam sekitar yang ditubuhkan sejak 1980 dengan kepakaran dalam perekaan tempah khas, pengeluaran, pemasangan, ujian dan pentauliahan teknologi melibatkan bahan buangan pepejal dan tenaga boleh baharu seperti sistem gasifikasi, sistem pirolisis, sistem pembakaran dan sistem pencernaan anaerobic. PEMSB bukan sahaja menyediakan perkhidmatan pembuatan tetapi juga operasi dan penyenggaraan kepada syarikat tempatan yang mempunyai teknologi import. PEMSB juga merupakan pemain utama dalam penyediaan teknologi kepada pihak industri dan kumbahan domestik serta perawatan pencemaran udara.