Kursus Sistem Fotovolta Tersambung Grid (GCPV) bagi Pendawai dan Penjaga Jentera SEDA MALAYSIA

SEDA Malaysia menyediakan Kursus Sistem Fotovolta Tersambung Grid (GCPV) bagi Pendawai dan Penjaga Jentera. Struktur kursus selama 5 hari ini menekankan pembangunan modal manusia dalam industri TBB Malaysia terutamanya Fotovolta Suria. Di antara objektif lain kursus ini ialah untuk memberi pendedahan kepada pendawai dan penjaga jentera di Malaysia berkenaan pemasangan Fotovolta Suria yang perlu berhadapan dengan arus terus (DC) dan komponen-komponen lain. Latihan ini merangkumi sesi teori dan praktikal, dan akan diakhiri dengan ujian kemampuan.

Kursus ini mengandungi :

  • Pengenalan kepada sistem GCPV termasuklah modul Fotovolta Suria, alat penyongsang dan alatan-alatan lain yang berkaitan; dan
  • Pemasangan dan penyenggaraan sistem GCPV yang perlu ditekankan kepada pendawai dan penjaga jentera.

Latihan akan diadakan di Universiti Kuala Lumpur – Institut British Malaysia (UniKL BMI), Gombak, Selangor, Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Akademi Binaan Malaysia (ABM) Wilayah Utara, Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) Pasir Mas, Institut Kemahiran MARA Kota Kinabalu (IKMKK) dan TNB Integrated Learning Solution (ILSAS). Yuran adalah termasuk bahan-bahan kursus, penyediaan fasiliti bagi sesi praktikal dan insurans. Walaubagaimanapun, yuran adalah tidak termasuk tempat tinggal dan pengangkutan ke pusat latihan semasa latihan. Maklumat kursus dan borang permohonan boleh dimuat turun dari pautan berikut. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan berkenaan latihan, hantarkan emel anda ke: [email protected] atau hubungi Pentadbir Latihan seperti yang tertera:

  • Pn Norazlina Ahmad Damanhuri di 03 6184 1000 ext 254 (emel : [email protected] / [email protected]) untuk UniKL BMI
  • Dr. Hidayat Bin Zainuddin di 06 233 0082 / 06 233 6263 / 06 233 6264 (emel: [email protected]) untuk UTeM
  • En. Zolkefli bin Abdullah di 04 924 2200 (emel: [email protected]) untuk Akademi Binaan Malaysia (ABM) Wilayah Utara
  • En. Mohd Hafidzuddin Bin Samhun di 09 7917558 (emel : [email protected]) untuk KKTM Pasir Mas
  • Tuan Haji Mohd Dimyati Bin Haji Mohd Sadri di 088 498197 ext 23 (emel : [email protected]) untuk IKMKK
  • Ir. Ts. Mohd Khairul Fikri Bin Mohd Salleh di 019 – 3965782 (emel : [email protected]) untuk ILSAS
  • En. Mohamad Zakry Bin Hashim di 09-5673200 ext. 415 (emel : [email protected]) untuk Pahang Skills

Sila tekan pautan di bawah untuk maklumat lanjut :

DocumentsDownload
Course Information - Wireman and Chargeman
Icon
343.98 KB
9548 Downloads
Content of the Training Manual
Icon
222.63 KB
4907 Downloads
Wireman and Chargeman Course Schedule
Icon
233.24 KB
6169 Downloads
Application Form (New Participant)

Yuran Pendaftaran : RM2,400.00

Ulangan peperiksaan teori dan praktikal :

  1.         Ulangan peperiksaan untuk Teori sahaja : RM100.00
  2.         Ulangan peperiksaan untuk Praktikal sahaja : RM100.00
  3.         Ulangan untuk Teori dan Praktikal : RM200.00

*Yuran adalah tidak termasuk SST

Peperiksaan haruslah di ambil di institut latihan di mana kursus dijalankan.

Tarikh jangkaan latihan bagi tahun 2024 bagi institusi adalah seperti berikut :

Universiti Kuala Lumpur – British Malaysia Institute (UniKL BMI)

No. Kod Kursus Tarikh Status
1 WCB24-01 26 Feb – 1 Mac 2024 Tutup
2 WCB24-02 6 – 10 Mac 2024 Tutup
3 WCB24-03 16  – 20 April 2024 Tutup
4 WCB24-04 22  – 26 April 2024 Tutup
5 WCB24-05 29 Apr – 3 Mei 2024 Tutup
6 WCB24-06 27 – 31 Mei 2024 Tutup
7 WCB24-07 3  – 7 Jun 2024 Tutup
8 WCB24-08 28 Oct – 1 Nov 2024 Tutup
9 WCB24-09 25 – 29 Nov 2024 Tutup

Pahang Skills Development Centre (PSDC)

No. Kod Kursus Tarikh Status
1. WCP24-01 4 – 8 Mac 2024 Tutup
2. WCPR24-01  8 Mac 2024 Tutup
3. WCP24-02  27– 31 Mei 2024 Tutup
4. WCPR24-02  31 Mei 2024 Tutup

Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)

No. Kod Kursus Tarikh Status
       

Sesi ulangan bagi peperiksaan teori dan praktikal (tiada hidangan ringan dan tiada makan tengahari disediakan) :

No. Kod Kursus Tarikh Status
       

Akademi Binaan Malaysia Wilayah Utara (ABM Wilayah Utara)

No. Kod Kursus Tarikh Status
1. WCA24-01 15 – 19 Jan 2024 Tutup
2. WCA24-02 19 – 23 Feb 2024 Tutup
3. WCA24-03 22 – 26 April 2024 Tutup
4. WCA24-04 24 – 28 Jun 2024 Buka
5. WCA24-05 5 – 9 Ogos 2024 Buka
6. WCA24-06 14 – 18 Okt 2024 Buka
7. WCA24-07 2 – 6 Dis 2024 Buka

Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) Pasir Mas

No. Kod Kursus Tarikh Status
       

Institut Kemahiran MARA Kota Kinabalu (IKMKK)

No. Kod Kursus Tarikh Status
       

TNB Integrated Learning Solution (ILSAS)

No. Kod Kursus Tarikh Status
1. WCI24-01 15 – 19 Jan 2024 Tutup
2. WCI24-02 5 – 9 Feb 2024 Tutup
3. WCI24-03 22 – 26 Apr 2024 Tutup
4. WCI24-04 13 – 17 May 2024 Tutup
5. WCIR24-01 23- 24 Jan 2024  Tutup
6. WCIR24-02 29- 30  Apr 2024 Tutup
7. WCI24-05 26 – 30 Ogos 2024 Buka
8. WCI24-06 23 – 27 Sep 2024 Buka
9. WCI24-07 11 – 15 Nov 2024 Buka
10. WCI24-08 2 – 6 Dis 2024 Buka
11. WCIR24-03 22 Mei 2024 (Praktikal)
23 Mei 2024 (Teori)
Tutup
12. WCIR24-04 19 Jun 2024 (Praktikal)
20 Jun 2024 (Teori)
Buka

 

  • Terhad kepada 20 peserta sahaja bagi setiap sesi latihan.
  • Pendaftaran hanya akan disahkan selepas penerimaan yuran-yuran yang berkaitan
  • SEBARANG YURAN YANG DITERIMA TIDAK BOLEH DIPULANGKAN SEMULA. NAMUN, PENGAMBILALIHAN TEMPAT ADALAH DIBENARKAN.
  • Sebarang penundaan oleh peserta hanya boleh dilakukan sekurang-kurangnya satu (1) bulan sebelum tarikh latihan. Peserta tidak dibenarkan menunda tarikh latihan sekiranya beliau tidak boleh mendapatkan penganti satu (1) bulan sebelum tarikh pendaftaran latihan bermula.

Buku Kursus Sistem Fotovolta Tersambung Grid (GCPV) bagi Pendawai dan Penjaga Jentera kini dibuka untuk jualan. Sila tekan pautan ini untuk mendapatkan maklumat lanjut.