Kursus Rekabentuk Sistem Fotovolta Luar-Grid (OGPV) SEDA Malaysia

Kursus 10 hari ini merangkumi sesi teori dan praktikal, dan diakhiri dengan ujian kemampuan.

Kursus ini merangkumi :

  • Rekabentuk sistem Fotolvota Suria (PV) luar-grid yang termasuk modul Fotolvota Suria (PV), alat penyongsang (inverter) dan alat-alat berkaitan yang bersesuaian dengan keadaan cuaca di Malaysia.
  • Maklumat berkenaan sistem Fotolvota Suria (PV) luar-grid.
  • Maklumat berkenaan keperluan dan piawaian bagi sistem PV luar-grid.

(Nota: penyambungan elektrik di antara alat penyongsang ke pembekal (bahagian AC) hanya boleh di ambil alih oleh juru elektrik berlesen yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga).

Latihan akan diadakan di Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam, Selangor dan Pusat Latihan Proaktif, Kuching, Sarawak. Yuran adalah termasuk bahan-bahan kursus, penyediaan fasiliti bagi sesi praktikal dan makan tengahari. Walaubagaimanapun, yuran adalah tidak termasuk pembayaran insurans, tempat tinggal dan pengangkutan ke pusat latihan semasa latihan. Maklumat lanjut boleh didapati di dalam Borang Permohonan. Jadual latihan, isi kandungan kursus dan borang permohonan boleh dimuat turun dari pautan yang di berikan. :

DokumenMuat Turun
Maklumat kursus – Rekaan Sistem OGPV
Isi Kandungan Manual Latihan
Jadual Kursus Sistem OGPV v
Borang Permohonan (Peserta Baru)
Borang Permohonan (Peserta Ulang Semula)
Borang Permohonan (Sesi Sebelum)

Yuran Pendaftaran :

  1.         Peserta Tempatan : RM7,000.00
  2.         Peserta Antarabangsa : RM7,500.00

Ulangan Peperiksaan Teori dan Praktikal :

  1.         Peperiksaan Ulangan Bagi Peserta Tempatan Untuk Teori (Fundamental of Solar PV Technology) Sahaja : RM400.00
  2.         Peperiksaan Ulangan Bagi Peserta Tempatan Untuk Teori (Design & Sizing of OGPV System) Sahaja : RM400.00
  3.         Peperiksaan Ulangan Bagi Peserta Tempatan Untuk Praktikal Sahaja : RM400.00
  4.         Peperiksaan Ulangan Bagi Peserta Antarabangsa Untuk Teori (Fundamental of Solar PV Technology) Sahaja : RM500.00
  5.         Peperiksaan Ulangan Bagi Peserta Antarabangsa Untuk Teori (Design & Sizing of OGPV System) Sahaja : RM500.00
  6.         Peperiksaan Ulangan Bagi Peserta Antarabangsa Untuk Praktikal Sahaja : RM500.00

* Yuran adalah tidak termasuk GST

Sekiranya anda mempunyai pertanyaan lanjut berkenaan latihan, sila hantarkan emel ke training@seda.gov.my atau hubungi Pentadbir Latihan:

  • Mr. Langga Rimon (langgarimon@gmail.com) di (603) 5521 1995 bagi Universtiti Teknologi MARA (UiTM)
  • Pentadbir Latihan (admin@plproaktif.edu.my) di 082-480 868 /  082-347 868 / 082-552 096 bagi Pusat Latihan Proaktif, Kuching Sarawak

Tarikh jangkaan latihan bagi tahun 2022 bagi institusi adalah seperti berikut :

Universiti Teknologi MARA (UiTM)

No. Kod Kursus Tarikh Status
       

Sesi ulangan bagi peperiksaan teori dan praktikal (tiada hidangan ringan dan tiada makan tengahari disediakan) :

No. Kod Kursus Tarikh Status
       

Pusat Latihan Proaktif

No. Kod Kursus Tarikh Status
1. DFP22-01 21 – 30 Jun 2022 Buka

Sesi ulangan bagi peperiksaan teori dan praktikal (tiada hidangan ringan dan tiada makan tengahari disediakan) :

No. Kod Kursus/td> Tarikh Status
       

Yuran latihan bagi kursus yang disediakan oleh UiTM boleh menuntut SBL dan Skim SBL Khas dari Tabung Pembangunan Sumber Manusia (HRDF).

Kelayakan bagi Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT) yang menyertai Program Berterusan Pembangunan Profesional (CPD) :

  • Terhad kepada 12 peserta sahaja bagi setiap sesi latihan
  • Latihan atau peperiksaan hanya boleh dijalankan dengan minima 10 peserta dan maksima 12 peserta.
  • Pendaftaran hanya akan disahkan selepas penerimaan yuran-yuran yang berkaitan.
  • Kesemua bayaran mestilah diterima dan dilangsaikan sekurang-kurangnya dua (2) minggu sebelum tarikh pendaftaran latihan bermula.
  • Sesebuah syarikat boleh mendaftarkan lebih dari seorang peserta. Walaubagaimanapun, keutamaan hanya akan diberikan kepada dua peserta sahaja bagi setiap syarikat. Pendaftaran peserta seterusnya mungkin akan diterima berdasarkan kepada kekosongan tempat apabila tarikh latihan semakin hampir.
  • SEBARANG YURAN YANG DITERIMA TIDAK BOLEH DIPULANGKAN SEMULA. TETAPI, KEKOSONGAN TEMPAT BOLEH DIAMBILALIH
  • Sebarang penangguhan oleh peserta hanya boleh dilakukan secara bertulis kepada pentadbir latihan sekurang-kurangnya satu (1) bulan sebelum tarikh latihan.Peserta tidak dibenarkan menunda tarikh latihan sekiranya beliau tidak boleh mendapatkan pengganti satu (1) bulan sebelum tarikh pendaftaran latihan bermula.