Program Latihan Kecekapan Tenaga dan Pengurusan Tenaga

Dalam meneruskan pelaksanaan Program Kerajaan Kepimpinan Melalui Teladan (GLBE) pada tahun 2011 dan Program Mencapai Kelestarian Melalui Kecekapan Tenaga (SAVE) di bawah Projek Permulaan 9 (EPP 9) – Program Transformasi Ekonomi (ETP) bagi minyak, gas dan tenaga, SEDA Malaysia telah mengenal pasti empat (4) program latihan untuk menyokong pelaksanaan inisiatif-inisiatif ini. Program latihan ini telah dikenalpasti oleh Inisiatif Pembaharuan Strategik (SRI), satu inisiatif yang diperkenalkan oleh Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan , PEMANDU bagi menyokong pelaksanaan program dan memperbaiki kapasiti serta pengetahuan serta pada masa yang sama memberikan perhatian terhadap keperluan modal insan di dalam bidang-bidang yang lebih spesifik d bawah EPP9.

Sejak 2013, Unit Pembangunan Teknikal dan Fasilitasi (TDF) telah menganjurkan dan berpengalaman dalam mengadakan beberapa program latihan kecekapan tenaga dan kesedaran pengurusan tenaga bersama-sama Pihak Berkuasa Tempatan dan Tenaga Nasional Berhad (TNB). Bagi program latihan, Unit TDF telah membangunkan empat modul latihan kecekapan tenaga dan pengurusan tenaga. Sejak tahun 2013, TDF telah menganjurkan latihan kesedaran berdasarkan modul latihan ini. Modul latihan adalah seperti yang tertera di bawah: Pengurusan Tenaga dalam Bangunan;

1.Pengurusan Tenaga dalam Bangunan (Kelayakan bagi CDP ST untuk Pengurus Tenaga – 12 markah);

149.67 KB
2033 Downloads

 

2.Prinsip-prinsip dan Aplikasi-aplikasi untuk Piawaian Malaysia MS1525: Kod Amalan Terhadap Kecekapan Tenaga dan Kegunaan Tenaga Boleh Baharu bagi Bangunan Bukan-Perumahan (Kelayakan bagi CDP ST untuk Pengurus Tenaga – 8 markah dan CPD MBOT – 12 markah);

138.52 KB
1375 Downloads

 

3. Pengurusan Kecekapan Tenaga bagi Penghawa Dingin dan Sistem Mekanikal Pengalihan Udara (ACMV) (Eligible for ST’s CDP for Energy Manager – 8 points and MBOT’s CPD – 12 points);

129.69 KB
1252 Downloads

 

4.Audit Tenaga dalam Bangunan (Kelayakan bagi CDP ST untuk Pengurus Tenaga – 10 markah);

145.95 KB
1153 Downloads

Sekiranya anda mempunyai pertanyan lain berkenaan latihan, sila hantarkan emel training@seda.gov.my atau hubungi :

  1. Puan Sazlinda Ayu Arshad (ayu.arshad@seda.gov.my ) / (603) 8870 5851
  2. Encik Muhammad Syukri Ab Rahman ( syukri@seda.gov.my) / (603) 8870 5906

Tarikh jangkaan latihan bagi tahun 2022 adalah seperti berikut:

No.ProgramCDP REEMTarikhTempatYuran (RM)Borang PendaftaranStatus
1.Pengurusan Kecekapan Tenaga bagi Penghawa Dingin dan Sistem Maju Mekanikal Pengalihan Udara (ACMV) 830 Nov 2022 - 1 Dis 2022MASHRAE Sekretariat, Pusat Perniagaan Kelana

(Fizikal)
Ahli MASHRAE - RM 900
Bukan Ahli - RM 1000
Buka
2.Audit Tenaga dalam Bangunan 8Atas Talian (Microsoft Teams)2,650
199.17 KB
797 Downloads
3.*Piawaian Malaysia: (MS) 1525: 2019 – Kecekapan Tenaga dan Kegunaan Tenaga Boleh Baharu bagi Bangunan Bukan-Perumahan829 - 30 Jun 2022Atas Talian (ZOOM)1,590Tutup
4.*Pengurusan Tenaga dalam Bangunan 826 - 27 Oktober 2022SHRDC1,590Buka

*For registration, please contact En. Muhammad Mustafa Kamal bin Abd Rahim, Training Administrators, Selangor Human Resource Development Centre (SHRDC) via email solarpv@shrdc.org.my or call at fixed line +603-5513 3560