Kursus Reka Bentuk Sistem Fotovolta Tersambung Grid (GCPV)

SEDA Malaysia menyediakan Kursus Reka Bentuk Sistem Fotovolta Tersambung Grid (GCPV). Kursus selama 8 hari ini merangkumi sesi berdasarkan teori dan praktikal, dan di akhiri dengan ujian kemampuan.

Kursus ini mengandungi :

  • Reka Bentuk Sistem Fotovolta Tersambung Grid (GCPV) termasuklah modul Fotovolta Suria, alat penyongsang (inverter) dan alat-alat berkaitan yang bersesuaian dengan keadaan cuaca di Malaysia.
  • Maklumat berkenaan Sistem Fotovolta Tersambung Grid (GCPV).
  • Maklumat berkenaan keperluan dan piawaian bagi Bentuk Sistem Fotovolta Tersambung Grid (GCPV).

(Nota: penyambungan elektrik di antara alat penyongsang ke pembekal (bahagian AC) hanya boleh di ambil alih oleh juru elektrik berlesen yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga).

Latihan ini akan diadakan di Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Selangor Human Resource Development Centre (SHRDC).Yuran adalah termasuk bahan-bahan kursus, penyediaan fasiliti bagi sesi praktikal dan makan tengahari. Walaubagaimanapun, yuran adalah tidak termasuk pembayaran insurans, tempat tinggal dan pengangkutan ke pusat latihan semasa latihan. Maklumat lanjut boleh didapati di dalam Borang Permohonan. Jadual latihan, isi kandungan kursus dan borang permohonan boleh dimuat turun dari pautan yang di berikan.

 

DocumentsDownload
Course Information - GCPV Design
Content of the Training Manual
GCPV Course Schedule
Application Form (New Participant)
Application Form (Re-sit Participant)
Application Form (Re-sit Participant) – Previous Session

Bayaran Penyertaan

  1.         Peserta Tempatan : RM5,660.40
  2.         Peserta Antarabangsa : RM6,603.80

Ulangan Peperiksaan Teori dan Praktikal

  1.         Peperiksaan Ulangan Bagi Peserta Tempatan Untuk Teori (Fundamental of Solar PV Technology) Sahaja : RM400.00
  2.         Peperiksaan Ulangan Bagi Peserta Tempatan Untuk Teori (Design & Sizing of GCPV System)  Sahaja : RM400.00
  3.         Peperiksaan Ulangan Bagi Peserta Tempatan Untuk Praktikal Sahaja : RM400.00
  4.         Peperiksaan Ulangan Bagi Peserta Antarabangsa Untuk Teori (Fundamental of Solar PV Technology) Sahaja : RM500.00
  5.         Peperiksaan Ulangan Bagi Peserta Antarabangsa Untuk Teori (Design & Sizing of GCPV System) Sahaja : RM500.00
  6.         Peperiksaan Ulangan Bagi Peserta Antarabangsa Untuk Praktikal Sahaja : RM500.00
  7.         Peperiksaan Ulangan Bagi Peserta Antarabangsa Untuk Teori Sahaja : RM500.00

* Yuran adalah tidak termasuk SST

Peperiksaan Ulangan harus diambil semula pada sesi yang sama.

Sekiranya anda mempunyai pertanyaan lanjut berkenaan latihan, sila hantarkan emel ke [email protected] atau hubungi the Pentadbir Latihan :

  1.         Dr Nurmalessa Muhammad @ Atan ([email protected]) di 03-5544-3639 bagi Universtiti Teknologi MARA (UiTM)
  2.         En. Muhammad Mustafa Kamal Bin Abd Rahim ([email protected]) di 03-5513 3560 bagi Selangor Human Resource Development Centre (SHRDC)

Tarikh jangkaan latihan bagi tahun 2023 bagi institusi adalah seperti berikut :

Universiti Teknologi MARA (UiTM)

No. Kod Kursus Tarikh Status
1. DNU24-01 26 -29  Feb & 04 – 07 Mac  2024 Buka
2. DNU24-02 06 – 09 Mei & 13 – 16 Mei 2024  

Sesi ulangan bagi peperiksaan teori dan praktikal (tiada hidangan ringan dan tiada makan tengahari disediakan) :

No. Kod Kursus Tarikh Status
       

Pusat Pembangunan Sumber Manusia Selangor (SHRDC)

No. Kod Kursus Tarikh Status
1. DNSR24-01 8 – 11 Jan 2024 Buka
2. DFS24-01 15 – 19, 22 – 24, 26 – 27 Jan 2024 Buka
3. DFSR24-01 29 – 31 Jan, 1 Feb 2024 Buka
4. DNS24-01 19 – 22, 26 – 29 Feb 2024 Buka
5. DNS24-02 26 – 29 Feb, 1, 4 – 8 Mac 2024 Buka

Sesi ulangan bagi peperiksaan teori dan praktikal (tiada hidangan ringan dan tiada makan tengahari disediakan) :

No. Kod Kursus Tarikh Status
       

 

Pahang Skills

No. Course Code Date Status
1. DNP24-01

15 – 18 Jan 2024

22 – 25 Jan 2024

Buka
  • Terhad kepada 20 peserta bagi setiap sesi latihan.
  • Pendaftaran hanya akan disahkan selepas penerimaan yuran-yuran yang berkaitan.
  • Kesemua bayaran mestilah diterima dan dilangsaikan sekurang-kurangnya dua (2) minggu sebelum tarikh pendaftaran latihan bermula.
  • Sesebuah syarikat boleh mendaftarkan lebih dari seorang peserta. Walaubagaimanapun, keutamaan hanya akan diberikan kepada dua peserta sahaja bagi setiap syarikat. Pendaftaran peserta seterusnya mungkin akan diterima berdasarkan kepada kekosongan tempat apabila tarikh latihan semakin hampir.
  • Sebarang yuran yang diterima tidak boleh dipulangkan semula. TETAPI, KEKOSONGAN TEMPAT BOLEH DI AMBIL ALIH.
  • Sebarang penangguhan oleh peserta hanya boleh dilakukan secara bertulis kepada pentadbir latihan sekurang-kurangnya satu (1) bulan sebelum tarikh latihan. Peserta tidak dibenarkan menunda tarikh latihan sekiranya beliau tidak boleh mendapatkan pengganti satu (1) bulan sebelum tarikh pendaftaran latihan bermula.

Buku Kursus Reka Bentuk Sistem Fotovolta Tersambung Grid (GCPV) SEDA Malaysia kini di buka untuk jualan. Sila ke pautan ini bagi mendapatkan maklumat lanjut.