Penghindaran CO2

Oleh kerana penjanaan elektrik dari sumber-sumber boleh baharu telah menggantikan penjanaan kuasa dari bahan bakar konvensional fosil, maka penjanaan TBB telah mengurangkan pelepasan keseluruhan gas rumah hijau daripada stesen janakuasa bahan bakar fosil yang disambungkan ke sistem grid.

Kajian oleh MGTC yang bertajuk “Study on Grid Connected Electricity Baseline in Malaysia (Tahun 2012, 2013 & 2014)” menilai keseluruhan faktor pelepasan purata bagi Semenanjung Malaysia, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan.

CO2 dibuat berdasarkan garis dasar Pengeluaran Tenaga (MWj) mengikut tahun seperti berikut :

  • 2012: garis dasar CO2 untuk Semenanjung - 0,741 tCO2 / MWj, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan: 0,546 tCO2 / MWj
  • 2013: garis dasar CO2 untuk Semenanjung - 0,742 tCO2 / MWj, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan: 0,533 tCO2 / MWj
  • 2014: garis dasar CO2 untuk Semenanjung - 0,694 tCO2 / MWj, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan: 0,536 tCO2 / MWj
  • 2015: garis dasar CO2 untuk Semenanjung - 0,659 tCO2 / MWj, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan: 0,572 tCO2 / MWj
  • 2016: garis dasar CO2 untuk Semenanjung - 0,639 tCO2 / MWj, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan: 0,512 tCO2 / MWj