PROGRAM FASILITASI BANGUNAN SIFAR TENAGA (ZEB)

LATAR BELAKANG

Program Bangunan Sifar Tenaga (ZEB) adalah program global yang melibatkan pemajuan bangunan-bangunan tenaga efisien luar biasa yang diterapkan dengan aplikasi tenaga boleh baharu, yang kini dipromosikan secara aktif oleh Kesatuan Eropah (UN), Jepun, Singapura dan negara-negara yang komited terhadap pengurangan tenaga dan karbon. Sebilangan besar negara ini menyasarkan;

  • Bangunan awam baru pada tahun ini adalah kategori ZEB menjelang tahun 2020; dan
  • Bangunan awam dan swasta baru (secara purata) adalah kategori ZEB menjelang 2030.

Menurut United Nation Environment Protection – Sustainable Building & Construction Initiatives (UNEP-SBCI), secara global sektor bangunan menyumbang ⅔ kepada pelepasan karbon di atmosfera. Di beberapa negara, sektor bangunan merupakan penyumbang karbon dioksida terbesar kedua selepas sektor pengangkutan. Tambahan pula, UNEP-SBCI turut menyatakan berdasarkan fakta-fakta dan penyelidikan global, sektor bangunan mempunyai peluang pengurangan karbon tertinggi berbanding dengan sektor lain seperti pengangkutan, pengurusan sisa dan lain-lain, dari segi kos pelaksanaan untuk setiap karbon yang dikurangkan ($$/pengurangan KgCO2). Berdasarkan fakta tersebut, kebanyakan bandar dengan program Bandar Rendah Karbon memilih untuk melaksanakan program kecekapan tenaga rendah bagi mengurangkan pelepasan karbon mereka. Bagi mencapai matlamat tersebut, pengurangan maksimum perlu disasarkan. Pembangunan NZEB dan ZEB adalah paling bersesuaian untuk tujuan tersebut dan bagi memenuhi keperluan itu, satu piawaian yang berkaitan dengan bangunan ZEB sedang dibangunkan di peringkat antarabangsa, ISO/TC205.

Pembangunan ZEB bukanlah perkara baru di Malaysia. Ia bermula sejak program reka bentuk bangunan kecekapan tenaga bersepadu dan promosi penggunaan MS1525 – Kod Amalan Penggunaan Kecekapan Tenaga & Tenaga Boleh Baharu untuk Bangunan Bukan Kediaman, diperkenalkan sejak tahun 2002.

  • Projek demonstrasi kerajaan, Pejabat Tenaga Rendah (LEO) Bangunan MESTECC (penjimatan 56%), Pejabat Tenaga Hijau (GEO), Bangunan GreenTech Malaysia (penjimatan 86%) dan Bangunan Diamond Suruhanjaya Tenaga (penjimatan 70%);
  • Projek lain seperti Panasonic Green Warehouse (penjimatan lebih dari 75%) dan demonstrasi Zero Energy Home P14 Putrajaya (penjimatan lebih dari 200%); dan
  • Terdapat kemungkinan ada bangunan pejabat kerajaan yang juga telah mencapai lebih dari 50% pengurangan tenaga hasil dari pemasangan secara berkala.

 

OBJEKTIF

Untuk mempromosikan penggunaan bangunan hijau rendah karbon luar biasa dengan menggunakan kaedah alternatif yang hanya memfokuskan kepada amalan tenaga lestari, bermula dengan langkah-langkah kecekapan tenaga yang lebih maju dalam mengurangkan permintaan atau penggunaan tenaga secara keseluruhan dan memberi keseimbangan tenaga minimum yang diperlukan dengan menggunakan tenaga boleh baharu di lokasi tersebut.

Bil.Tajuk Muat Turun
1.Maklumat Program Fasilitasi Bangunan Tenaga Sifar SEDA
Icon
2.99 MB
3968 Downloads
2.Risalah Program Fasilitasi Bangunan Sifar Tenaga SEDA
Icon
3.22 MB
3117 Downloads

Untuk pendaftaran dan penghantaran, sila layari http://www.seda.gov.my/bedos