Senarai Pengeluar/Pembuat Tempatan Diiktiraf > Modul PV Solar

Senarai di bawah mengandungi syarikat-syarikat yang telah diiktiraf sebagai pengeluar/pembuat tempatan modul solar PV. Pemasangan yang dilengkapi dengan modul yang dikeluarkan/dibuat oleh syarikat-syarikat ini layak menerima bonus. Sila ambil perhatian “nombor model” modul yang diluluskan dari setiap syarikat berkenaan, kerana hanya nombor model ini yang layak menerima bonus.

Laman Web : http://www.firstsolar.com/

Perincian Produk

No. Model Diiktiraf : 2015 | 2016 | 2017 | 2018 | 2019

 

First Solar merupakan peneraju global bagi pembekal menyeluruh sistem fotovolta (PV) solar menggunakan modul terkini dan teknologi sistem. Dari penyumberan bahan mentah hinggalah modul pengitaran semula hujung hayat, First Solar menyediakan penyelesaian tenaga boleh baharu yang melindungi dan membaik pulih alam sekitar.

  • Ditubuhkan pada tahun 1999, First Solar menunjukkan sejarah kewangan yang stabil dan pengilangan yang berjaya.
  • Disenaraikan di NASDAQ di bawah simbol perdagangan FSLR.
  • Pengeluar modul filem nipis terbesar di dunia dengan kilang-kilang yang terletak di Malaysia, Vietnam dan Amerika Syarikat.
  • Kewujudan global dengan ibu pejabat terletak di Tempe, AZ, Amerika Syarikat dan anak-anak syarikat di Asia, Eropah and Amerika Latin.
  • Penghantaran antarabangsa 25GW+
  • Mempunyai kewangan yang teguh dalam industri PV.
  • Modul efisien-tinggi yang menawarkan kelebihan pengeluaran tenaga yang jelas berbanding modul asas-silikon dengan persaingan yang efisien, pengeluaran tenaga lebih tinggi di dunia- nyata dan kebolehpercayaan jangka panjang.
  • Peneraju jaminan modul di dalam industri dan kebolehan kitar semula.
  • Profil alam sekitar terbaik, dengan jejak karbon rendah dan masa bayar balik tenaga terpantas di dalam industri.

Laman Web : https://www.hanwha-qcells.com/qcells-office

No. Model Diiktiraf : 2016 | 2017 | 2018

Hanwha Q CELLS Co., Ltd. Terhasil dari gabungan dua pengeluar fotovolta tersohor di dunia, Hanwha SolarOne dan Hanwha Q CELLS.

  • Disenaraikan di NASDAQ di bawah simbol perdagangan HQCL
  • Beribu pejabat di Seoul, Korea Selatan (Ibu Pejabat Eksekutif) dan Thalheim, Jerman (Ibu
    Pejabat Teknologi)
  • Pengeluar sel solar terbesar dan merupakan salah satu pengeluar modul fotovolta terbesar di dunia.
  • Kemudahan kilang pengeluaran antarabangsa di China, Malaysia dan Korea Selatan.
  • Rangkaian perniagaan global merentasi benua Eropah, Amerika, Asia dan Timur Tengah
  • Hanwha Q CELLS merupakan syarikat utama di bawah Kumpulan Hanwha, 500 firma utama disenarai FORTUNE Global dan merupakan syarikat perniagaan Sepuluh-Terbaik (Top-Ten) di Korea Selatan.

Laman Web : https://en.longi-solar.com

No. Model Diiktiraf : 2019 , 2019 additional

 

LONGi merupakan peneraju dunia bagi pengeluar sel solar efisien-tinggi “mono-crystalline” dan modul. Keupayaan teknologi dan kekuatan kewangan merupakan dua penyumbang utama yang membolehkan LONGi menerajui pasaran global; LONGi merupakan pemegang rekod dunia bagi kecekapan sel PERC serta kuasa modul dan secara konsisten disenaraikan sebagai pendahulu dalam kekuatan kewangan di antara semua pengeluar PV.

LONGi (Kuching) Sdn Bhd merupakan cawangan antarabangsa pertama milik LONGi Green Energy Technology Co., Ltd. Ia merupakan pengeluar ingot “mono-crystalline” bersepadu secara menegak di dunia, wafer, sel dan modul yang terletak di Kuching, Sarawak, Malaysia. Kemudahan pengilangan bersepadu ini dioperasikan oleh lebih daripada 2,000 warganegara Malaysia.

Laman Web : https://www.jinkosolar.com/en

 

JinkoSolar (NYSE: JKS) merupakan salah satu pengeluar modul solar yang paling inovatif dan terbesar di dunia dan telah menghantar 52 GW+ ke seluruh dunia. JinkoSolar mengedarkan produk solar terhebat dan menjual penyelesaian selangkah dan perkhidmatan profesional ke pelbagai jenis pelanggan merangkumi kemudahan antarabangsa, komersil dan perumahan di merata dunia.
JinkoSolar menghasilkan rangkaian nilai produk solar bersepadu, dengan kapasiti tahunan bersepadu sebanyak:

– 11.5 GW mono wafers

– 10.6 GW sel solar

– 16 GW modul solar

Sebagai peneraju global dalam industri solar, JinkoSolar mempunyai lebih daripada 30 pusat perkhidmatan bagi merangkumi 100 buah negara dalam memberikan khidmat terbaik untuk semua pelanggan.