Program Berterusan Pembangunan (CDP) bagi Rekabentuk Sistem Fotovolta Suria Tersambung Grid (GCPV) Orang Yang Berkelayakan (QPs) SEDA Malaysia

Program Berterusan Pembangunan (CDP), merupakan salah satu cara bagaimana seseorang boleh mengekalkan dan menambahkan ilmu pengetahuan dan kemahiran mereka dalam bidang yang tertentu. Bagi membantu dan mengekalkan Orang Yang Berkelayakan (QP) menambah ilmu dan kepakaran mereka dalam Rekabentuk Sistem Fotovolta Suria Tersambung Grid, SEDA Malaysia telah membangunkan sebuah program bagi QP untuk berlatih dan platform umum untuk mereka berbincang bersama rakan-rakan dalam industri PV solar di Malaysia.

Syarat kelayakan bagi Orang Yang Berkelayakan (QPs) dalam Rekabentuk Sistem Fotovolta Suria Tersambung Grid untuk mengamalkan kelayakan mereka ialah dengan memenuhi sekurang-kurangnya lapan (8) jam dalam program yang dijalankan atau mendapat sokongan SEDA Malaysia secara tahunan. Syarat ini wajib bagi QP untuk kekal aktif dan mengamalkan kelulusan mereka di dalam apa-apa program yang dianjurkan oleh SEDA Malaysia.

Jenis-jenis Program Berterusan Pembangunan :

  • Kursus atau sesi latihan yang berkaitan dengan PV solar.
  • Persidangan atau seminar atau bengkel yang berkaitan dengan PV solar.
  • Pembentangan kertas berkaitan teknologi, pengurusan dan hasil kajian yang berkaitan dengan PV solar.

Jenis-jenis penyertaan :

  • Sebagai peserta
  • Sebagai penyampai atau penceramah

QP boleh menghadiri program-program lain yang berkaitan PV solar anjuran pihak luar yang mendapat sokongan dari SEDA Malaysia. QP perlu menghantar sijil kehadiran atau bukti berbentuk dokumen lain yang disahkan oleh SEDA Malaysia. Bukti berbentuk dokumen kehadiran adalah tidak diperlukan bagi QP yang telah menyertai program-program yang dianjurkan oleh SEDA Malaysia.

Sebarang pihak yang mengadakan dan mahu diiktiraf bagi program CDP, sila hantarkan surat rasmi kepada SEDA Malaysia dan muat turun garis panduan yang diberikan pautan di bawah :

Panduan Permohonan Penyedia Perkhidmatan Untuk Program CDP.pdf

Icon
496.41 KB
2362 Downloads

 

Borang Permohonan Penggunaan Logo SEDA Malaysia.pdf

Icon
552.58 KB
1691 Downloads

 

Di bawah merupakan program CDP bagi tahun 2024

No.ProgramPenganjurJam CDPTarikhStatusMaklumat PendaftaranTempat
12 Days Short Course: Design and Simulation of GCPV System Using PVSYSTSRI UiTM828 - 29 Feb 2024TutupUiTM-MTDC Technopreneur Centre, UiTM Shah Alam, Selangor
2Integrated Solar PV SystemsSHRDC87 - 8 Mac 2024TutupSelangor Human Resources Development Centre (SHRDC)
3Drone-Based IR Solar PV Inspection Using DRONEEYESHRDC422 - 27 Mac 2024BukaSelangor Human Resources Development Centre (SHRDC) & Drone Academy Asia
4Designing Grid-Connected PV Systems Using PVSystSHRDC822-23 April 2024BukaSelangor Human Resources Development Centre (SHRDC)
5Introduction to Operation and Maintenance of Grid Connected Photovoltaic (GCPV) SystemsSRI UiTM829 - 30 April 2024BukaUiTM-MTDC Technopreneur Centre, UiTM Shah Alam, Selangor
6PV Solar SystemsIK Academy429 - 30 April 2024BukaLe Maridien Hotel, Petaling Jaya, Selangor
7Integrated Solar PV SystemsSHRDC89 – 10 Mei 2024BukaSelangor Human Resources Development Centre (SHRDC)
8Design & Simulation of Grid Connected Photovoltaic (GCPV) System Using PVSYSTSRI UiTM820 – 21 Mei 2024BukaUiTM-MTDC Technopreneur Centre, UiTM Shah Alam, Selangor
9Drone-Based IR Solar PV Inspection Using DRONEEYESHRDC46 - 8 Jun 2024BukaSelangor Human Resources Development Centre (SHRDC) & Drone Academy Asia
10Designing Grid-Connected PV Systems Using PVSystSHRDC85 - 6 Ogos 2024BukaSelangor Human Resources Development Centre (SHRDC)
11Integrated Solar PV SystemsSHRDC84 -5 Julai 2024BukaSelangor Human Resources Development Centre (SHRDC)
12Integrated Solar PV SystemsSHRDC817-18 Sept 2024BukaSelangor Human Resources Development Centre (SHRDC)
13Introduction to Operation and Maintenance of Grid Connected Photovoltaic (GCPV) SystemsSRI UiTM82-3 Sept 2024BukaUiTM-MTDC Technopreneur Centre, UiTM Shah Alam, Selangor
14Drone-Based IR Solar PV Inspection Using DRONEEYESHRDC426-28 Sept 2024BukaSelangor Human Resources Development Centre (SHRDC) & Drone Academy Asia
15Design & Simulation of Grid Connected Photovoltaic (GCPV) System Using PVSYSTSRI UiTM814-15 Okt 2024BukaUiTM-MTDC Technopreneur Centre, UiTM Shah Alam, Selangor
16Designing Grid-Connected PV Systems Using PVSystSHRDC82 - 3 Dis 2024BukaSelangor Human Resources Development Centre (SHRDC)
17Integrated Solar PV SystemsSHRDC85 – 6 Dis 2024BukaSelangor Human Resources Development Centre (SHRDC)
18Drone-Based IR Solar PV Inspection Using DRONEEYESHRDC418-20 Dis 2024BukaSelangor Human Resources Development Centre (SHRDC) & Drone Academy Asia

 

SEDA Malaysia telah membuat keputusan untuk memberi pengecualian kepada Orang Berkelayakan (QP)  untuk memenuhi keperluan Program Pembangunan Berterusan (CDP) pada tahun 2022 bagi pengaktifan pada tahun 2023. Oleh yang demikian, status sijil Qualified Person akan kekal aktif sehingga tahun hadapan. Namun begitu, para QP digalakkan untuk menyertai program CDP yang disediakan pada tahun ini untuk pembangunan kapasiti.