Pemasangan dan Penyelenggaraan Sistem Fotovolta Suria Tersambung Grid

Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari Malaysia (Sustainable Energy Development Authority Malaysia– SEDA Malaysia) adalah sebuah Badan Berkanun yang ditubuhkan di bawah Akta Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari 2011 [Akta 726]. Peranan utama SEDA Malaysia adalah untuk mentadbir dan menguruskan pelaksanaan mekanisme Tarif Galakan (Feed-in Tariff – FiT)  yang telah diberi mandat di bawah Akta Tenaga Boleh Baharu (TBB) 2011 [Akta 725]. Di bawah akta ini, terdapat lima (5) sumber boleh baharu yang telah dikenalpasti dan memenuhi kriteria untuk dilaksanakan dan mendapat faedah dari mekanisma FiT iaitu biojisim, biogas, hidrokuasa kecil, Fotovolta Suria (PV) dan geoterma.

Teras Tiga (3) Polisi dan Pelan Tindakan Tenaga Boleh Baharu Nasional, menjelaskan keperluan untuk mempergiatkan usaha pembangunan modal insan dalam industri Tenaga Boleh Baharu (TBB). SEDA Malaysia amat maklum terdapat keperluan yang kritikal untuk meningkatkan pengetahuan dan kompetensi pekerja tempatan dalam bidang Fotovolta Suria (PV) bagi memastikan sistem yang akan dipasang adalah berkualiti, mematuhi piawaian yang ditetapkan dan dapat bertahan lama. Oleh yang demikian, SEDA Malaysia telah membangunkan kursus latihan Pemasangan dan Penyelenggaraan Sistem Fotovolta Suria Tersambung Grid untuk meningkatkan kecekapan Penyedia Perkhidmatan Fotovolta Suria (PV) tempatan.

Kursus ini akan diadakan di Selangor Human Resource Development Centre (SHRDC)Akademi Binaan Malaysia (Wilayah Utara, Kedah Industrial Skills and Management Industrial Centre (KISMEC), Terengganu Skills Development Centre (TESDEC). Yuran adalah termasuk kos bahan pembelajaran (buku) dan makan & minum sepanjang kursus dijalankan. Walaubagaimanapun Yuran tidak termasuk kos penginapan dan pengangkutan peserta ke pusat latihan.

Maklumat lanjut berkenaan kursus :

DocumentsDownload
Course Information - Solar PV Installation and Maintenance
Icon
337.18 KB
17621 Downloads
Content of the Training Manual
Icon
307.35 KB
9788 Downloads
Application Form (New Participant)

Sebarang pertanyaan berkenaan kursus ini, sila emailkan kepada : [email protected] atau hubungi:

  • Mr. Muhammad Mustafa Kamal Bin Abd Rahim ([email protected]) di talian (603) 5513 3560 bagi Selangor Human Resource Development Centre (SHRDC)
  • En. Muhamad Amir Bin Ishak  ([email protected]) di talian 018 – 9584255 bagi Akademi Binaan Malaysia (ABM) Wilayah Utara
  • Pn. Norhaziati ([email protected]) di talian (604) 4414619/4414621 bagi Kedah Industrial Skills and Management Industrial Centre (KISMEC)
  • En Rosli bin Mohd ([email protected]) di talian (609) 627 2222 ext 2260 bagi Terengganu Skills Development Centre (TESDEC)
  • En. Mohd Adhan Safarin Kamaruddin ([email protected]) di talian (09) 567 3200 ext 152 bagi Pahang Skills Development Centre (Pahang Skills)

Jadual kursus bagi tahun 2026 :

Selangor Human Resource Development Centre (SHRDC)

No. Kod Kursus Tarikh Status
1 IMS26-01 3 Feb – 29 Mei 2026 Buka
2 IMS26-02 1 Apr – 31 Julai 2026 Buka
3 IMS26-03 2 Jun – 30 Sep 2026 Buka
4 IMS26-04 3 Ogos – 30 Nov 2026 Buka
5 IMS26-05 1 Okt 2026 – 29 Jan 2027 Buka

Akademi Binaan Malaysia (ABM) Wilayah Utara

No. Kod Kursus Tarikh Status
1. IMA26-01 4 Jan – 30 Apr 2026 Tutup
2. IMA26-02 1 Apr – 30 Jul 2026 Buka
3. IMA26-03 2 Jun – 30 Sep 2026 Buka

Kedah Industrial Skills and Management Industrial Centre (KISMEC)

No. Kod Kursus Tarikh Status
Coming Soon

Terengganu Skills Development Centre (TESDEC)

No. Kod Kursus Tarikh Status
Coming Soon

Pahang Skills Development Centre (Pahang Skills) 

No. Kod Kursus Tarikh Status
Coming Soon

Buku Pemasangan dan Penyelenggaraan Sistem Fotovolta Suria Tersambung Grid kini dijual. Sila klik di sini untuk maklumat lanjut.