- Sebagai kesinambungan Program Geran Audit Tenaga Bersyarat bawah Projek-projek Kecekapan Tenaga RMK-11, kami dalam proses memohon dana untuk projek serupa yang dijangkakan akan dilaksanakan bagi tahun 2021.
- Audit tenaga merupakan proses sistematik untuk memahami bagaimana dan di mana tenaga digunakan, bagaimana untuk menguruskannya dan mengenal pasti potensi penjimatan tenaga./li>
- Secara amnya, komponen projek ini terdiri daripada:
-
- Pengauditan Tenaga yang melibatkan tenaga elektrik dan termal (sekiranya ada);
- Pelaksanaan Langkah-langkah Penjimatan Tenaga, termasuk pemantauan selama 3 tahun setelah audit tenaga;
- Pembangunan kapasiti & latihan-latihan audit tenaga dan pengurusan tenaga elektrik dan termal.
- Terbuka untuk bangunan sedia ada dengan tarif elektrik komersial/perdagangan yang tertakluk bawah Peraturan Pengurusan Tenaga Elektrik dengan Cekap –Efficient Management of Electrical Energy Regulations (EMEER) 2008 yang dikawal selia oleh Suruhanjaya Tenaga dan mempunyai Pengurus Tenaga Elektrik Berdaftar –Registered Electrical Energy Manager (REEM) yang sah.
- Bagi mereka yang layak dan berminat boleh membuat pra-pendaftaran dengan mengisi borang dalam talian di sini atau memuat turun untuk cetakan
(Borang -A) dan hantar ke SEDA Malaysia atau e-mel ke farahain@seda.gov.my . - Pelaksanaan projek;
-
- Kementerian Pelaksana: Kementerian Tenaga dan Sumber Asli
- Urusetia: Suruhanjaya Tenaga
- Agensi pelaksana: SEDA Malaysia (Sektor Komersil)