Kursus Reka Bentuk Sistem Fotovolta Tersambung Grid (GCPV)

SEDA Malaysia menyediakan Kursus Reka Bentuk Sistem Fotovolta Tersambung Grid (GCPV). Kursus selama 8 hari ini merangkumi sesi berdasarkan teori dan praktikal, dan di akhiri dengan ujian kemampuan.

Kursus ini mengandungi :

  • Reka Bentuk Sistem Fotovolta Tersambung Grid (GCPV) termasuklah modul Fotovolta Suria, alat penyongsang (inverter) dan alat-alat berkaitan yang bersesuaian dengan keadaan cuaca di Malaysia.
  • Maklumat berkenaan Sistem Fotovolta Tersambung Grid (GCPV).
  • Maklumat berkenaan keperluan dan piawaian bagi Bentuk Sistem Fotovolta Tersambung Grid (GCPV).

(Nota: penyambungan elektrik di antara alat penyongsang ke pembekal (bahagian AC) hanya boleh di ambil alih oleh juru elektrik berlesen yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga).

Latihan ini akan diadakan di Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Selangor Human Resource Development Centre (SHRDC).Yuran adalah termasuk bahan-bahan kursus, penyediaan fasiliti bagi sesi praktikal dan makan tengahari. Walaubagaimanapun, yuran adalah tidak termasuk pembayaran insurans, tempat tinggal dan pengangkutan ke pusat latihan semasa latihan. Maklumat lanjut boleh didapati di dalam Borang Permohonan. Jadual latihan, isi kandungan kursus dan borang permohonan boleh dimuat turun dari pautan yang di berikan.

 

DocumentsDownload
Course Information - GCPV Design
482.88 KB
3722 Downloads
Content of the Training Manual
190.93 KB
2619 Downloads
GCPV Course Schedule
260.25 KB
3631 Downloads
Application Form (New Participant)
566.39 KB
1810 Downloads
Application Form (Re-sit Participant)
532.95 KB
731 Downloads

Bayaran Penyertaan

  1.         Peserta Tempatan : RM5,660.40
  2.         Peserta Antarabangsa : RM6,603.80

Ulangan Peperiksaan Teori dan Praktikal

  1.         Peperiksaan Ulangan Bagi Peserta Tempatan Untuk Teori Sahaja : RM200.00
  2.         Peperiksaan Ulangan Bagi Peserta Tempatan Untuk Praktikal Sahaja : RM200.00
  3.         Peperiksaan Ulangan Bagi Peserta Tempatan Untuk Teori dan Praktikal : RM400.00
  4.         Peperiksaan Ulangan Bagi Peserta Antarabangsa Untuk Teori Sahaja : RM300.00
  5.         Peperiksaan Ulangan Bagi Peserta Antarabangsa Untuk Praktikal Sahaja : RM300.00
  6.         Peperiksaan Ulangan Bagi Peserta Antarabangsa Untuk Teori dan Praktikal : RM600.00

* Yuran adalah tidak termasuk SST

Peperiksaan haruslah di ambil di institut latihan di mana kursus dijalankan.

Sekiranya anda mempunyai pertanyaan lanjut berkenaan latihan, sila hantarkan emel ke pvtraining@seda.gov.my atau hubungi the Pentadbir Latihan :

  1.         En. Langga Rimon (langgarimon@gmail.com) di 03-5521 1995 bagi Universtiti Teknologi MARA (UiTM)
  2.         En. Muhammad Mustafa Kamal Bin Abd Rahim (solarpv@shrdc.org.my) di 03-5513 3560 bagi Selangor Human Resource Development Centre (SHRDC)

Tarikh jangkaan latihan bagi tahun 2020 bagi institusi adalah seperti berikut :

Universiti Teknologi MARA (UiTM)

No. Kod Kursus Tarikh Status
       

Sesi ulangan bagi peperiksaan teori dan praktikal (tiada hidangan ringan dan tiada makan tengahari disediakan) :

No. Kod Kursus Tarikh Status
       

Yuran latihan bagi kursus yang disediakan oleh UiTM boleh menuntut SBL dan Skim SBL Khas dari Tabung Pembangunan Sumber Manusia (HRDF).

Pusat Pembangunan Sumber Manusia Selangor (SHRDC)

No. Kod Kursus Tarikh Status
1. DNS21-07 24 Mei – 3 Jun 2021 Buka

Sesi ulangan bagi peperiksaan teori dan praktikal (tiada hidangan ringan dan tiada makan tengahari disediakan) :

No. Kod Kursus Tarikh Status
       

Yuran latihan bagi kursus yang diadakan oleh UiTM dan SHRDC boleh menuntut Skim SBL dan SBL Khas di bawah Tabung Pembangunan Sumber Manusia (HRDF)

  • Terhad kepada 16 peserta bagi setiap sesi latihan.
  • Latihan atau peperiksaan hanya boleh dijalankan dengan minima 10 peserta dan maksima 16 peserta.
  • Pendaftaran hanya akan disahkan selepas penerimaan yuran-yuran yang berkaitan.
  • Kesemua bayaran mestilah diterima dan dilangsaikan sekurang-kurangnya dua (2) minggu sebelum tarikh pendaftaran latihan bermula.
  • Sesebuah syarikat boleh mendaftarkan lebih dari seorang peserta. Walaubagaimanapun, keutamaan hanya akan diberikan kepada dua peserta sahaja bagi setiap syarikat. Pendaftaran peserta seterusnya mungkin akan diterima berdasarkan kepada kekosongan tempat apabila tarikh latihan semakin hampir.
  • Sebarang yuran yang diterima tidak boleh dipulangkan semula. TETAPI, KEKOSONGAN TEMPAT BOLEH DI AMBIL ALIH.
  • Sebarang penangguhan oleh peserta hanya boleh dilakukan secara bertulis kepada pentadbir latihan sekurang-kurangnya satu (1) bulan sebelum tarikh latihan. Peserta tidak dibenarkan menunda tarikh latihan sekiranya beliau tidak boleh mendapatkan pengganti satu (1) bulan sebelum tarikh pendaftaran latihan bermula.

Peserta yang lulus KEDUA-DUA peperiksaan teori dan praktikal (dipanggil orang yang berkelayakan – QP), akan dianugerahkan sijil pentauliahan bagi kursus ini. Syarat bagi QP untuk menjalankan praktikal berdasarkan kelayakannya ialah dengan memenuhi sekurang-kurangnya lapan (8) jam program yang dijalankan atau disokong oleh SEDA Malaysia secara tahunan. Syarat ini wajib dipenuhi QP untuk terus aktif dan mempraktikkan kelayakan mereka dalam sebarang program yang dianjurkan oleh SEDA Malaysia. Sila ke pautan ini untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Buku Kursus Reka Bentuk Sistem Fotovolta Tersambung Grid (GCPV) SEDA Malaysia kini di buka untuk jualan. Sila ke pautan ini bagi mendapatkan maklumat lanjut.