Senarai Pengeluar/Pembuat Tempatan Diiktiraf > Dandang

Senarai berikut mengandungi syarikat yang telah diakui sebagai pengeluar / pemasangan dandang tempatan.

Laman Web : http://enco.com.my/

Kumpulan Enco Group berkepakaran dalam mereka, memasang siap dan pemasangan dandang biojisim dengan bahan bakar minyak, terutamanya “Empty Fruit Bunch (EFB)”. Dalam suasana dunia hari ini yang bergerak pantas dan banyak berubah, Enco mempunyai kelebihan untuk mereka dandang tempahan khas bagi memenuhi kehendak pelanggan hari ini dan pada masa akan datang. Enco merupakan syarikat pertama membina loji biojisim dengan bahan bakar minyak yang terbesar di Sabah, Malaysia dan disambungkan ke Grid Nasional.

Enco juga merupakan syarikat pertama yang mendapat kelayakan untuk Pembangunan Mekanisme Bersih (CDM) di bawah UNFCCC di Lumut, Perak. Pada hari ini, fokus Enco adalah ke atas loji “Bina, Milik dan Operasi” (BOO) di mana para pelanggan boleh mendapatkan sumber  keperluan stim mereka kepada Enco selain daripada projek “Kejuruteraan, Perolehan dan Pentauliahan” (EPC) bagi loji kuasa biojisim. Enco juga terlibat dalam usahasama separa-pemilikan loji biojisim dengan bahan bakar minyak. Enco membentuk industri tenaga hari ini untuk esok yang lebih baik.

BOILERMECH telah diasaskan pada tahun 2005 dan telah memulakan perniagaan dandang stim menggunakan rekaan yang telah terbukti berdasarkan pengalaman kerja terkumpul melebihi 100 tahun dari tenaga kerja teknikal dalam bidang tenaga biojisim. Secara prinsipnya terbabit dengan rekaan, pengeluaran, pemasangan dan pentauliahan produk-produk berikut:

  • Dandang biojisim sebagai komponen guna siap kilang penjanaan kuasa
  • Gabungan dandang suhu panas dan kuasa (jana bersama)
  • Khidmat penyenggaraan dan pembersihan dandang

BOILERMECH telah mewujudkan nama yang kukuh di Malaysia, Indonesia, Thailand, Africa, PNG dan lain-lain.

BBORSIG Boiler Systems Sdn Bhd merupakan subsidiari Kumpulan KNM dengan pengalaman luas dan pengetahuan dalam rekaan, pasang siap, pemasangan dan khidmat dandang stim. Fasiliti pengeluaran Borsig ialah di Malaysia dan dilengkapi dengan mesin tercanggih untuk memasang siap bahagian tekanan dandang: dinding membran, kepala, drum, pemanas super, pengewap, alat penjimatan, paip dandang.

Produk :

  • Dandang Tiub Air Berapi (bahan bakar gas dan cecair)
  • WHRB bahan buangan hanyut dan pembakar biojisim, pelantar bendalir dan relau bata berputar
  • HRSG untuk kitaran-gabungan kilang kuasa
  • Dandang stim untuk sistem jana bersama

Mackenzie Industries berkepakaran dalam dandang stim ditempah khas menggunakan bahan buangan biojisim, minyak, gas, arang batu serta buangan panas bagi kes penjana pemulihan buangan panas stim (HRSG). Mackenzie Industries merupakan peneraju bagi pembekal tenaga boleh baharu; dandang stim dalam industry. Kami mampu mengubah suai rekaan kejuruteraan kami untuk memenuhi keperluan pelanggan baik dari segi tekanan, suhu, saiz, kegunaan dan spesifikasi bahan bakar.

Produk kami :

  • Dandang Biojisim (POM, Logi Kuasa)
  • Dandang Pakej Tiub Air (Dua Dram, Satu Dram)
  • Dandang Pakej Tiub Api
  • Dandang Pemulihan Buangan Panas (HRSG, Teknologi ORC)

Sijil Syarikat :

  • ISO 9001 : 2008
  • Lesen JKKP
  • Lesen Pengeluaran
  • Lesen CIDB
  • Setem U / S / R / U2

Laman Web : www.mechmar.com.my

Dalam memajukan projek-projek kuasa biojisim, adalah perlu seorang rakan kongsi yang berdedikasi dalam memberikan anda solusi-solusi teknikal berdasarkan pengetahuan kejuruteraan dengan harga yang munasabah. Gunakanlah pengalaman 40 tahun kami di dalam bidang rekaan, pengeluaran dandang stim bagi projek anda dan berikan kami peluang untuk membantu projek anda yang seterusnya dan merealisasikan impian anda dalam tenaga boleh baharu. Pakej komitmen, integriti dan kejujuran datang sekali dengan ke semua dandang kami.

Produk kami :

  • Stim Tiub-Api / Dandang Air Panas (Bahan bakar minyak & gas)
  • Stim Tiub-Air / Dandang Air Panas (Bahan bakar biojisim & pepejal)
  • Pemanas Minyak Termal (Bahan bakar minyak & gas)
  • Pemanas Minyak Termal (Bahan bakar biojisim & pepejal)
  • Dandang Pemulihan Buangan Panas
  • Alat penjimatan
  • Logi kuasa biojisim