KAJIAN SISTEM KUASA ATAU SEMAKAN PENGESAHAN SAMBUNGAN

Sebelum mengisi permohonan tarif galakan (FiT), pihak yang berminat diminta untuk menghubungi Pemegang Lesen Pengagihan (DL)
untuk kajian di bawah:

  1. Kajian Sistem Kuasa (PSS) untuk pemasangan TBB lebih daripada 425 kW dan ke atas; atau
  2. Semakan Pengesahan Sambungan (CCC) untuk pemasangan TBB lebih daripada 12 kW hingga 425 kW.

Untuk penyambungan grid, PSS atau CCC adalah perlu untuk menilai potensi kesan hasil penjanaan yang telah diagihkan terhadap perancangan dan operasi sistem pengagihan DL. Kajian akan dilakukan oleh DL atau perunding yang dilanti.

Untuk sebarang pertanyaan mengenai PSS, sila hubungi :

  • Tenaga Nasional Berhad (TNB)

Ir. Kartina binti Hasim
03 – 7967 9408 / 019 – 651 5962
emel: kartina@tnb.com.my

Seksyen Sustainable Energy Development
Unit Komersil, Jabatan Operasi Retail
Divisyen Retail
Tkt 16, Wisma TNB, Jalan Timur
46200 Petaling Jaya
SELANGOR DARUL EHSAN

  • Sabah Electricity Sdn. Bhd. (SESB)

Mr. Terrence John Kouju
088 – 282 478
emel: terrencek@sesb.com.my

Chief Engineer
Sustainable Energy Development,
Asset Development,
6th Floor, Wisma SESB,
Jalan Tunku Abdul Rahman,
88673 Kota Kinabalu,
Sabah, Malaysia.

 

Semakan Pengesahan Sambungan :

Kapasiti Eksport Bersih atau Nilai kWp Pemasangan TBB Kos (RM) Tempoh Siap
Lebih daripada 12kW sehingga 180kW 1,000 30 Hari
Lebih daripada 180kW sehingga 425kW 5,000 30 Hari

 

Kos Kajian Sistem Kuasa (PSS) dan Tempoh Siap :

Bil. Kapasiti Eksport Bersih atau Nilai kWp Pemasangan TBB Kos (RM) Tempoh Siap
01. Melebihi 425kW & sehingga termasuk 1MW atau melebihi 425kWp dan sehingga dan termasuk 1000kWp 20,000 setiap pemasangan 30 Hari
02. Melebihi 1MW & sehingga dan termasuk 10MW atau 1,000kWp dan sehingga dan termasuk 10, 000kWp 40,000 setiap pemasangan 40 Hari
03. Melebihi 10MW & sehingga dan termasuk 30MW atau 10, 000kWp dan sehingga dan termasuk 30,000kWp 60,000 setiap pemasangan 50 Hari
04. Melebihi 425kW dan sehingga dan termasuk 1MW atau melebihi 425kWp dan sehingga dan termasuk 1,000kWp untuk pembangunan perumahan atau permohonan individu pada PV solar untuk disambungkan ke pencawang pengagihan yang sama. 500.00 setiap pemasangan 60 Hari